Saturday, April 7, 2012

Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat....

29 Mac 2012

Alhamdullilah...

Pada hari Khamis bersamaan 29 Mac 2012, seramai 3 orang pelajar SMA Ulum Ad Diniah telah berjaya diijazah tamat.Mereka adalah badge pertama yang diijazah tamat bagi kelas ini.Tahniah diucapkan kepada Wan Mohd Farhan, Amjad Ahmad dan Nur Atiqah Abd Rahim.



Selain daripada itu, seramai 6 orang pelajar telah diijazah potong dan 12 orang pelajar baru yang diijazah asas. Tahniah diucapkan kepada meraka. Adalah diharapkan semangat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri warisan melayu ini akan terus semarak di hati para pelajar.

Juga diucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Guru Utama yang sudi hadir ke SMA Ulum Ad Diniah untuk menyempurnakan majlis ijazah ini.


YM Guru Utama bersama para pelajar yang telah diijazahkan


YM Guru Utama bersama tenaga pengajar SMA Ulum Ad Diniah.