Sunday, October 31, 2010

Sesi penerangan untuk Pengambilan Ahli Baru...

Hari ini, sesi penerangan telah berjalan lancar seperti yang telah dijadualkan. Seramai 11 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki dari SMA Ulum Ad-Diniah dan SMK Dong telah hadir. Sesi penerangan telah bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang. Kemudian, kelas "jatuh" diteruskan sehingga pukul 5.30 petang.

Penerangan daripada Penyelia Kelas


Antara pelajar baru yang berminat mempelajari Cekak Hanafi


Antara pelajar lelaki baru yang berminat mempelajari Cekak Hanafi.



Sesi penerangan ini adalah salah satu daripada kempen pengambilan ahli baru batch kedua pada tahun hadapan.

Di sebabkan para pelajar akan mula menduduki peperiksaan akhir bermula esok, maka kelas hari ini adalah kelas terakhir untuk sesi 2010.

" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR & SEMOGA BERJAYA  - DARIPADA KAMI, TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK USTAZ HANAFI RAUB"

SEMOGA KITA DAPAT BERSUA KEMBALI DI SESI HADAPAN.

Wednesday, October 27, 2010

Sesi penerangan Pengambilan Ahli Baru..

Salam...

Untuk makluman, satu sesi penerangan akan diadakan di SMA Ulum Ad-Diniah pada:

Hari       : Ahad
Tarikh   : 31 Oktober 2010
Masa     : 3.30 ptg
Tempat  : Kantin sekolah.

Sesi penerangan ini adalah untuk pengambilan ahli baru.

Jadi, kepada anda yang berkelapangan dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Silat Cekak Ustaz Hanafi ini bolehlah hadir di tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Kehadiran anda amat kami alu-alukan.

Tuesday, October 26, 2010

JADUAL KELAS LATIHAN...

Salam...

Untuk makluman, Takwim persekolahan bagi SMA Ulum Ad-Diniah adalah seperti berikut:

Oktober

Selasa - 26 - Kelas latihan seperti biasa

Rabu    - 27 - Kelas latihan ( ganti cuti keputeraan sultan), 4.30 ptg - 6.30 ptg

Khamis - 28 - Exam

Jumaat - 29 - Exam

Sabtu   - 30

Ahad    - 31 - Kelas latihan terakhir sebelum cuti hujung tahun, 4.30ptg-6.30 ptg ( tertakluk kepada perubahan)

November

Isnin        - 1 -Exam

Selasa     - 2 -Exam

Rabu      - 3 - Exam

Khamis    - 4

Jumaat     - 5 - Cuti Deepavali

Sabtu       - 6

Ahad        - 7

Isnin         - 8

Selasa      - 9 - Exam

Rabu       - 10 - Exam

Khamis   - 11 - Exam

Jumaat     -12 -Mula cuti akhir tahun

Saturday, October 16, 2010

Kelas Latihan...

Salam...

Kelas latihan Cekak Hanafi di SMA Ulum Ad-Diniah adalah pada:

Hari  : Setiap Isnin dan Selasa
Masa    : 3.30 petang - 5.30 ptg
Tempat : Kantin Sekolah.

Untuk makluman pembaca, SMA ulum Ad-Diniah tidak mempunyai padang sekolah. Jadi kelas latihan diadakan di sekitar sekolah.

Pada peringkat asas, kelas latihan diadakan di koridor belakang kelas....menghadap asrama perempuan.




Setelah tamat peringkat asas, peringkat seterusnya adalah peringkat jatuh. Jadi, kami memerlukan tempat latihan baru yang lebih selesa untuk pelajar "jatuh". Jadi, pihak pengurusan sekolah telah membenarkan kami menggunakan kantin sekolah. Lantainya lebih selesa untuk latihan peringkat jatuh.





Untuk peringkat potong iaitu peringkat rahsia, nampaknya sekali lagi kelas latihan terpaksa dipindahkan. Ini adalah disebabkan kantin yang digunakan sekarang agak "open". Ia merupakan laluan pelajar lelaki untuk balik ke asrama mereka. Di mana kelas peringkat potong akan diadakan??? kita tunggu dan lihat....

Tempat latihan sekarang... iaitu di kantin sekolah adalah satu tempat yang menarik sebenarnya.... seringkali...ketika latihan di jalankan.....para pelajar melintasi kami.....jadi secara tidak langsung menarik perhatian mereka untuk melihat kami berlatih. Secara tidak langsung... promosi untuk pengambilan ahli baru tahun depan.

----NizaRejab---

Friday, October 15, 2010

Tenaga Pengajar Cekak Hanafi di Raub...

Salam....

Untuk makluman pelayar blog.... tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi di daerah Raub buat masa ini terdiri daripada tiga orang guru yang mengajar di sekitar Raub.






Penyelia Kelas: Cikgu Nazmi....Mengajar di SK Batu Talam, Raub. Asal: Jengka,Pahang.
H/P:019-9541821
Dari kelas latihan: KUSTEM/UMT

Cikgu Danial... Mengajar di SK Batu Talam, berasal dari Jerantut, Pahang.
H/P:019-9280268
Dari kelas latihan: UPSI


Cikgu Rohaniza .... Mengajar di SK Kundang Patah. Berasal dari Sg. Petani, Kedah.
H/P: 012-2915162
Dari kelas latihan: UPM

Jika anda berada di sekitar Raub... dan berminat untuk mempelajari Silat Cekak Hanafi... bolehlah emailkan nama dan no. telefon anda ke: kelaslatihanraub@gmail.com

Jika terdapat Ahli Silat Cekak Hanafi di sekitar Raub... dari mana-mana cawangan, silalah hubungi kami di email di atas untuk kita bersama-sama mengembangkan Silat Cekak Hanafi yang dikasihi ini.

CEKAK HANAFI... SATU SUARA... SATU HATI


--- NizaRejab---

Tuesday, October 12, 2010

Cabaran Jom Silat 10.10.10.....Saat dan Ketikanya.....

Salam pembukaan....
Cabaran Jom Silat 10.10.10 telah berlalu dengan jayanya.....

Penat...letih.....mengantuk....dan sejuta rasa telah berlalu...
Semua yang terlibat....daripada AJK Pelaksana Program sehinggalah kepada para peserta yang terlibat mampu menghela nafas lega..... segalanya berlalu dengan lancarnya.....Cabaran 10 000 telah berlalu... kini....satu lagi Cabaran yang menunggu.... Cabaran 50 000 pada tahun 2015 pula....

Kuasa tuhan yang mengizinkan......
Cuaca di Dataran Merdeka pada hari Ahad lepas sangat melegakan. Bayangkan.....kami mula berlatih beramai-ramai - dengan kehadiran semua kontigen dari seluruh negara bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Tetapi..cuaca sentiasa redup. Bayangkan, dalam pukul 12 tghari....yang sepatutnya matahari terpacak di atas kepala.....dilindungi awan.... hujan rintik-rintik pada mulanya....( nasib baik tak hujan lebat - kalau tak.....mahunya berdemo dalam hujan....hahaha...berdemo dalam hujan pun best jugak sebenarnya....).. Majlis bermula pada jam 4.30 ptg dengan ketibaan Dato' Seri Ali Rustam...cuaca tetap redup sampai ke petang......

Kebanyakan kontigen dari jauh dari Kuala Lumpur....seperti Kedah....Johor... Kuantan....bertolak pada malam Sabtunya.... Jadi, mereka terus sampai ke Dataran Merdeka pagi Ahadnya ( 10.10.10).

Kontigen dari SMA Ulum Ad-Diniah bertolak petang Sabtu dan sampai pada pukul 8 malam. Pelajar perempuan bermalam di Swiss Hotel, KL... berdekatan dengan Dataran... yang disediakan  untuk AJK. Pelajar lelaki..... menumpang di sebuah kondo....milik teman Cikgu Nadzmi.

Cabaran Jom Silat 1 dalam 10 000 ini sekurang-kurangnya memberikan satu pendedahan baru kepada pelajar Ulum Ad-Diniah di mana mereka dapat bergaul dan bertemu dengan teman-teman seguru dari seluruh negara dari segala peringkat usia.

Saat dan detik yang paling manis adalah ketika laungan diakhir.....CEKAK HANAFI!....yang bergema di tengah-tengah Kuala Lumpur...di tempat yang bersejarah....dimana laungan MERDEKA! pernah dilaungkan.....

Laungan " CEKAK.....HANAFI"...... Satu SUARA.....Satu HATI......tersemat teguh dihati setiap pendokongnya......

--- NizaRejab---





Pelajar SMA Ulum Ad-Diniah bersama Cikgu Nadzmi dan Cikgu Danial


Ketibaan kontigen-kontigen dari seluruh negara


Kontigen dari Johor

Kontigen dari Kedah








Atiqah....yang sedang ditemuramah.....

Satu Suara......Satu Hati....



Friday, October 8, 2010

Latihan Jom Silat - Geng Kuantan turun padang !!!!

Ahad ( 3/10/2010)- lagi seminggu untuk program Jom Silat di Dataran Merdeka... Jadi, diadakan latihan tambahan diadakan pada hari Ahad. Dengan kehadiran master-master demo dari Kuantan. Para pelajar mula latihan pada pukul 9 pagi lagi.. Akibat keadaan yang tidak dapat dielakkan, skuad dari Kuantan tiba lewat dari jangkaan. Dengan kehadiran skuat demo dari Kuantan.... En. Hasmizi, En. Saidi, YDP CH Polimas dan seorang tenaga pelajar... semangat pelajar2 ni terus membara walaupun latihan bermula pada pukul 12 tghari dan tamat pada pukul 1.30 ptg.









 

Wednesday, October 6, 2010

Jom Silat ....Cabaran 1 dalam 10,000

Hari ini 6/10/10 - adalah hari terakhir latihan di Ulum Ad-Diniah untuk acara JOM SILAT di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur... yang bakal menghimpunkan 10 ribu ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi seluruh Malaysia....baru dan yang lama.

Ahli CH dari SMA Ulum Ad-Diniah, Raub Pahang yang akan menyertai acara ini adalah seramai 9 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki ( tingkatan 1 & 2) dan pelajar perempuan seramai 2 orang ( tingkatan 1& 2).

Mereka akan diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada 2 tenaga pengajar lelaki dan 2 tenaga pengajar perempuan.

Kami akan bertolak dari Raub ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 09/10/2010-jam 5 petang.

Tenaga Pengajar yang terlibat adalah:

1) Cikgu Nazmi ( SK Batu Talam, Raub )
2) Cikgu Daniel ( SK Batu Talam, Raub )
3) Cikgu Rohaniza ( SK Kundang Patah, Raub)
4) Cikgu Syikin  (Bentong)