Kelas latihan Cekak Hanafi di SMA Ulum Ad-Diniah adalah pada:
Hari : Setiap Isnin dan Selasa
Masa : 3.30 petang - 5.30 ptg
Tempat : Kantin Sekolah.
Untuk makluman pembaca, SMA ulum Ad-Diniah tidak mempunyai padang sekolah. Jadi kelas latihan diadakan di sekitar sekolah.
Pada peringkat asas, kelas latihan diadakan di koridor belakang kelas....menghadap asrama perempuan.
Setelah tamat peringkat asas, peringkat seterusnya adalah peringkat jatuh. Jadi, kami memerlukan tempat latihan baru yang lebih selesa untuk pelajar "jatuh". Jadi, pihak pengurusan sekolah telah membenarkan kami menggunakan kantin sekolah. Lantainya lebih selesa untuk latihan peringkat jatuh.
Untuk peringkat potong iaitu peringkat rahsia, nampaknya sekali lagi kelas latihan terpaksa dipindahkan. Ini adalah disebabkan kantin yang digunakan sekarang agak "open". Ia merupakan laluan pelajar lelaki untuk balik ke asrama mereka. Di mana kelas peringkat potong akan diadakan??? kita tunggu dan lihat....
Tempat latihan sekarang... iaitu di kantin sekolah adalah satu tempat yang menarik sebenarnya.... seringkali...ketika latihan di jalankan.....para pelajar melintasi kami.....jadi secara tidak langsung menarik perhatian mereka untuk melihat kami berlatih. Secara tidak langsung... promosi untuk pengambilan ahli baru tahun depan.
----NizaRejab---
No comments:
Post a Comment