Tuesday, February 22, 2011

Kelas pertama selepas ijazah...asas dan potong....

Alhamdulillah..... latihan pertama bagi peringkat asas berjalan dengan lancar......
Pelajar perempuan seramai 11 orang yang telah diijazahkan telah hadir kesemuanya....
Sementara seramai 3 orang pelajar baru tidak dapat menghadirkan diri....
Para pelajar kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan latihan....
Semoga semangat mereka akan terus membara sehingga peringkat tamat....



Penyelia kelas memberi penerangan sebelum kelas bermula

Hari pertama... dapat kaedah Adan B dari tenaga pengajar....




Hari pertama... bolehla senyum......:)

Wednesday, February 16, 2011

Majlis Ijazah Asas dan Potong... 14 Feb 2011

Alhamdullilah.....Majlis Ijazah Asas dan Potong telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
YM Guru Utama tiba dengan diiringi En. Amin Jumiran dan En. Amin Ali. Mereka disambut oleh Penyelia Kelas Latihan Raub, Cikgu Nadzmi, Setiausaha dan Bendahari CH Cawangan Pahang, En. Hasmizi dan En. Wan dari Kuantan.

Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan selesai pada pukul 5.00 petang.

Seramai 25 orang pelajar telah diijazahkan. 15 orang daripada mereka adalah lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Untuk Peringkat potong pula, seramai 6 orang pelajar telah diijazahkan. Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 2 pelajar orang perempuan.
                                              
Ijazah Asas
Ijazah Potong

Thursday, February 10, 2011

Ujian Peringkat Jatuh...

8 Februari 2011...

Ujian Peringkat Jatuh telah diadakan sebelum para pelajar masuk peringkat potong. Keenam-enam pelajar telah berjaya mengikuti ujian yang telah diadakan.
















Ujian Peringkat Jatuh ini menguji kemampuan pelajar dalam mengingati buah-buah yang diajar. Selain itu, ujian ini juga sebagai persediaan pelajar dalam menghadapi Sijil Rendah Persilatan apabila telah tamat kelak.

Monday, February 7, 2011

Majlis Ijazah Asas dan Potong...

Salam bertemu kembali.....

Untuk makluman semua, majlis ijazah asas dan potong akan diadakan pada:

Tarikh   : 14 Feb 2011
Masa    : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Surau SMA Ulum Addiniah, Dong, Raub Pahang.
Pakaian : Formal : Lelaki ( baju melayu )
                            Perempuan ( baju kurung)
Bayaran Pendaftaran dan Ijazah Asas : RM 36

Ijazah asas kali ini adalah untuk pengambilan ahli baru kali ke-2.

Jadi, bagi sesiapa yang masih berminat, sila hadirkan diri anda di tempat dan masa seperti yang tertera di atas. Dan pembayaran bolehlah dibuat pada hari tersebut.


JUMPA ANDA DI SANA!!!