Wednesday, February 16, 2011

Majlis Ijazah Asas dan Potong... 14 Feb 2011

Alhamdullilah.....Majlis Ijazah Asas dan Potong telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
YM Guru Utama tiba dengan diiringi En. Amin Jumiran dan En. Amin Ali. Mereka disambut oleh Penyelia Kelas Latihan Raub, Cikgu Nadzmi, Setiausaha dan Bendahari CH Cawangan Pahang, En. Hasmizi dan En. Wan dari Kuantan.

Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan selesai pada pukul 5.00 petang.

Seramai 25 orang pelajar telah diijazahkan. 15 orang daripada mereka adalah lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Untuk Peringkat potong pula, seramai 6 orang pelajar telah diijazahkan. Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 2 pelajar orang perempuan.
                                              
Ijazah Asas
Ijazah Potong










































Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya diijazahkan. Semoga semangat dan niat anda untuk mempelajari seni silat melayu ini diberkati Allah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YM Guru Utama serta pengiring kerana sudi hadir di Daerah Raub ini. Kehadiran YM Guru Utama sangat-sangat dihargai kami hargai.

No comments:

Post a Comment