Thursday, October 20, 2011

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYSEN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI - 16 OKTOBER 2011

Tarikh: 16 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Tempat: INFRA, Bangi
Masa: 8.30 pg - 5.00 ptg

Salam bertemu kembali....

Pada hari Sabtu lepas... untuk sekian kalinya... diadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Hanafi yang bertempat di INFRA, Bangi. Majlis Istiadat Konvokesyen terakhir sebelum ini diadakan pada tahun 2005, bertempat di JAKIM, PUTRAJAYA.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Penyelia Silat Cekak Hanafi, Ulum Ad-Diniah, Cikgu Nazmi Abas kerana telah menerima Sijil Menengah Persilatan yang disampaikan oleh YM Tn Syeikh Haji Md Radzi bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi.


Majlis yang gilang gemilang tersebut telah dihadiri hampir 1500 orang yang terdiri daripada para penerima Pingat, para penerima Sijil Menengah Persilatan, para penerima Sijil Rendah Persilatan dan ahli2 silat cekak lain bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Majlis ini dihadiri oleh ahli2 dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tahniah diucap kepada semua penerima pingat dan penerima sijil.

Keratan Akhbar Berita Mingguan Malaysia 16/10/11
( Sumber:http://mypapership.blogspot.com)
Para Penerima Pingat

Suasana sebelum majlis bermula
Srikandi Silat Cekak Hanafi


Penerima Pingat

Skrol yang diterima oleh para penerima Sijil 
( Sumber:http://mypapership.blogspot.com)

 

Semoga di Majlis Konvokesyen akan datang, Ahli Silat Cekak Hanafi dari Kelas Ulum Ad-Diniah akan turut menerima Sijil seperti meraka yang bertuah pada hari tersebut. Amin.

No comments:

Post a Comment