Monday, October 31, 2011

Laibaikallah.... humalabaik.....

Salam bertemu kembali...

Pada 30 hb Oktober 2011 (Ahad) , YM Tuan Guru telah berangkat menunaikan haji bersama-sama 3 org lagi ahli persatuan iaitu Tuan Haji Saiful Murad, Aminuddin Dahlan (Pak Su) dan En. Roslan (ahli persatuan dari Kedah).

YM Tuan Guru telah tiba di KLIA sebih kurang dlm pukul 1 ptg. Ramai ahli-ahli persatuan yang kebanyakannya dari cawangan sekitar Lembah Kelang telah hadir untuk menghantar pemergian YM Tuan Guru dan ahli jemaahnya. Ahli-ahli dari cawangan Johor dan juga dari Raub juga turut hadir... 

Perasaan sayu turut menyelubungi perasaan setiap ahli persatuan di saat YM Tuan Guru dan ahli rombongan memberi lambaian terakhir semasa melepasi pintu perlepasan antarabangsa.

Semoga YM Tuan Guru dan ahli rombongan selamat sampai dan selamat kembali ke tanah air. Rombongan YM Tuan Guru dijangka tiba pada 14 Nov 2011 dengan penerbangan jam 3 ptg. Insyaalah....

No comments:

Post a Comment