Monday, January 9, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam tahun baru diucapkan kepada semua...

Semoga berbahagia dan gembira selalu....

Tahun baru 2012 baru menjengah. Semoga azam tahun dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi tahun ini. Di kesempatan ini, diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi, Kelas SMA Dong iaitu Cikgu Danial kerana telah melangsungkah perkahwinan pada akhir bulan November 2011 bersama pasangannya Wan Hayaton bt Wan Hamidon. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kempen Pengambilan Ahli Baru bagi kelas SMA Dong akan bermula.... Jadi, bagi ahli-ahli senior di minta bersama-sama mempromosikan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi kepada pelajar pelajar lama dan baru. Diharapkan kelas latihan ini akan terus berkembang dengan lahirnya ramai ahli-ahli yang bersemangat waja dan berwibawa. Semoga harapan YM Tuan Guru untuk mengadakan perhimpunan raksaksa yang melibatkan 50 ribu ahli pada tahun 2015 akan tercapai. Bersama-samalah kita berusaha untuk melaksanakan hasrat murni YM Tuan Guru.

Untuk makluman, kelas latihan pertama kelas SMA Dong akan bermula pada minggu ke-3 persekolahan iaitu pada 16 Jan 2012 ( tertakluk kepada perubahan).

Bagi ahli-ahli samaada yang masih atau sudah lama tidak menghadiri kelas latihan, kehadiran anda sangat kami alu-alukan. Jika anda menghadapi sebarang masalah.... bolehlah anda berhubung dengan mana-mana tenaga pengajar.

Sekian... hingga bertemu lagi....

Silat Cekak Pusaka Hanafi... Satu Suara....Satu Hati.....

-NizaRejab-
Tenaga Pengajar
SMA Dong, Raub

No comments:

Post a Comment