Saturday, April 7, 2012

Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat....

29 Mac 2012

Alhamdullilah...

Pada hari Khamis bersamaan 29 Mac 2012, seramai 3 orang pelajar SMA Ulum Ad Diniah telah berjaya diijazah tamat.Mereka adalah badge pertama yang diijazah tamat bagi kelas ini.Tahniah diucapkan kepada Wan Mohd Farhan, Amjad Ahmad dan Nur Atiqah Abd Rahim.



Selain daripada itu, seramai 6 orang pelajar telah diijazah potong dan 12 orang pelajar baru yang diijazah asas. Tahniah diucapkan kepada meraka. Adalah diharapkan semangat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri warisan melayu ini akan terus semarak di hati para pelajar.

Juga diucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Guru Utama yang sudi hadir ke SMA Ulum Ad Diniah untuk menyempurnakan majlis ijazah ini.


YM Guru Utama bersama para pelajar yang telah diijazahkan


YM Guru Utama bersama tenaga pengajar SMA Ulum Ad Diniah.

Monday, January 9, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam tahun baru diucapkan kepada semua...

Semoga berbahagia dan gembira selalu....

Tahun baru 2012 baru menjengah. Semoga azam tahun dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi tahun ini. Di kesempatan ini, diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi, Kelas SMA Dong iaitu Cikgu Danial kerana telah melangsungkah perkahwinan pada akhir bulan November 2011 bersama pasangannya Wan Hayaton bt Wan Hamidon. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kempen Pengambilan Ahli Baru bagi kelas SMA Dong akan bermula.... Jadi, bagi ahli-ahli senior di minta bersama-sama mempromosikan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi kepada pelajar pelajar lama dan baru. Diharapkan kelas latihan ini akan terus berkembang dengan lahirnya ramai ahli-ahli yang bersemangat waja dan berwibawa. Semoga harapan YM Tuan Guru untuk mengadakan perhimpunan raksaksa yang melibatkan 50 ribu ahli pada tahun 2015 akan tercapai. Bersama-samalah kita berusaha untuk melaksanakan hasrat murni YM Tuan Guru.

Untuk makluman, kelas latihan pertama kelas SMA Dong akan bermula pada minggu ke-3 persekolahan iaitu pada 16 Jan 2012 ( tertakluk kepada perubahan).

Bagi ahli-ahli samaada yang masih atau sudah lama tidak menghadiri kelas latihan, kehadiran anda sangat kami alu-alukan. Jika anda menghadapi sebarang masalah.... bolehlah anda berhubung dengan mana-mana tenaga pengajar.

Sekian... hingga bertemu lagi....

Silat Cekak Pusaka Hanafi... Satu Suara....Satu Hati.....

-NizaRejab-
Tenaga Pengajar
SMA Dong, Raub

Monday, October 31, 2011

Laibaikallah.... humalabaik.....

Salam bertemu kembali...

Pada 30 hb Oktober 2011 (Ahad) , YM Tuan Guru telah berangkat menunaikan haji bersama-sama 3 org lagi ahli persatuan iaitu Tuan Haji Saiful Murad, Aminuddin Dahlan (Pak Su) dan En. Roslan (ahli persatuan dari Kedah).

YM Tuan Guru telah tiba di KLIA sebih kurang dlm pukul 1 ptg. Ramai ahli-ahli persatuan yang kebanyakannya dari cawangan sekitar Lembah Kelang telah hadir untuk menghantar pemergian YM Tuan Guru dan ahli jemaahnya. Ahli-ahli dari cawangan Johor dan juga dari Raub juga turut hadir... 

Perasaan sayu turut menyelubungi perasaan setiap ahli persatuan di saat YM Tuan Guru dan ahli rombongan memberi lambaian terakhir semasa melepasi pintu perlepasan antarabangsa.

Semoga YM Tuan Guru dan ahli rombongan selamat sampai dan selamat kembali ke tanah air. Rombongan YM Tuan Guru dijangka tiba pada 14 Nov 2011 dengan penerbangan jam 3 ptg. Insyaalah....

Thursday, October 20, 2011

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYSEN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI - 16 OKTOBER 2011

Tarikh: 16 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Tempat: INFRA, Bangi
Masa: 8.30 pg - 5.00 ptg

Salam bertemu kembali....

Pada hari Sabtu lepas... untuk sekian kalinya... diadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Hanafi yang bertempat di INFRA, Bangi. Majlis Istiadat Konvokesyen terakhir sebelum ini diadakan pada tahun 2005, bertempat di JAKIM, PUTRAJAYA.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Penyelia Silat Cekak Hanafi, Ulum Ad-Diniah, Cikgu Nazmi Abas kerana telah menerima Sijil Menengah Persilatan yang disampaikan oleh YM Tn Syeikh Haji Md Radzi bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi.


Majlis yang gilang gemilang tersebut telah dihadiri hampir 1500 orang yang terdiri daripada para penerima Pingat, para penerima Sijil Menengah Persilatan, para penerima Sijil Rendah Persilatan dan ahli2 silat cekak lain bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Majlis ini dihadiri oleh ahli2 dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tahniah diucap kepada semua penerima pingat dan penerima sijil.

Keratan Akhbar Berita Mingguan Malaysia 16/10/11
( Sumber:http://mypapership.blogspot.com)
Para Penerima Pingat

Suasana sebelum majlis bermula
Srikandi Silat Cekak Hanafi


Penerima Pingat

Skrol yang diterima oleh para penerima Sijil 
( Sumber:http://mypapership.blogspot.com)

 

Semoga di Majlis Konvokesyen akan datang, Ahli Silat Cekak Hanafi dari Kelas Ulum Ad-Diniah akan turut menerima Sijil seperti meraka yang bertuah pada hari tersebut. Amin.

Monday, May 16, 2011

Makluman...

Untuk Makluman Semua...

Kelas akan datang bagi Kelas Latihan SMA Dong adalah minggu pertama selepas cuti sekolah.Ini bermakna kelas latihan bagi minggu ini dan minggu hadapan dibatalkan berikutan para pelajar akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

CUTI SEKOLAH: 29 MEI - 12 JUN 2011
KELAS AKAN BERMULA PADA: 13 JUN 2011.


Selamat Menempuh Peperiksaan kepada Para Pelajar.
Semoga anda mencapai kejayaan seperti yang diimpikan...

Ujian Peringkat Asas 10 Mei 2011

9 Mei 2011...

Telah diadakan satu sesi penerangan mengenai sejarah silat Cekak Pusaka Hanafi di Bilik Tayangan SMA Dong, Raub. Dalam sesi ini, pelajar telah diterangkan dengan lebih lanjut tentang sejarah penubuhan Silat Cekak Hanafi, di perkenalkan dengan Pengasas Silat Cekak Hanafi iaitu Allayarham Ustaz Hanafi b Ahmad, Senjata rasmi Ch: Lading dan lain-lain lagi tentang perkara yang berkaitan.

  Sesi penerangan oleh Penyelia : Cikgu Nazmi Abas




10 MEI 2011 - UJIAN PERINGKAT ASAS

Ujian Peringkat asas telah berjaya dijalankan pada 10 Mei 2011. Ujian ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam format ujian seperti Ujian Sijil Rendah Persilatan. Untuk ujian peringkat asas kali ini, "tester" adalah terdiri daripada pelajar daripada peringkat potong. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya melalui ujian peringkat asas ini.




Tuesday, February 22, 2011

Kelas pertama selepas ijazah...asas dan potong....

Alhamdulillah..... latihan pertama bagi peringkat asas berjalan dengan lancar......
Pelajar perempuan seramai 11 orang yang telah diijazahkan telah hadir kesemuanya....
Sementara seramai 3 orang pelajar baru tidak dapat menghadirkan diri....
Para pelajar kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan latihan....
Semoga semangat mereka akan terus membara sehingga peringkat tamat....



Penyelia kelas memberi penerangan sebelum kelas bermula

Hari pertama... dapat kaedah Adan B dari tenaga pengajar....




Hari pertama... bolehla senyum......:)